Jadi pejuang hijau gara-gara straw
FiTree galak orang ramai hargai alam sekitar dan sumber semula jadi
Semasa minum bersama, seorang kawannya di university dahulu, Cik Nur Khairiana Mohamad Malek memerhatikan kawannya itu enggan mengambil straw minuman.
Beliau memberitahu Cik Khairiana straw mengambil masa ribuan tahun untuk reput di tanah setelah dibuang, lantas boleh mencemarkan alam sekitar.
Padahal, straw tidaklah diperrlukan sagnat kebanyakan orang.
Episod itu membuat cik Nur Khariianan terfikir sejauh mana pembaziran beleluasa dalam kehidupan harian. Apatah lagi sebagai pelahar Program Cendekiawan University (USP) dalam bidang sains hayat di University Nasional Singapoura (NUS) ketika itu, beliau didedahkan kepada modul yang membincangkan tema seperti etika sekitaran dan biologi sekitaran.
“Saya mula memikirkan tentang apa yang diajar agama tentang pemeliharaan alam sekitar, dan sedar banyak jawapan sebenarnya sudah ada dalam Islam,” ujar Cik Nur Khairiana, yang kini seorang pegawai badan berkanun.
Contohnya, kata beliau, ada hadis mengenai pembaziran yang boleh berlaku dalam mengambil wuduk, sekalipun di sungai yang mengalir.
Setelah lulus daripada NUS pada 2011, Cik Khairiana membetuk FiTree, sebuah kumpulan tidak formal yang bertujuan memupuk kesedaran dalam dalam masyarakat Melayu/Islam mengenai pentingnya menghargai dan memlihara alam sekitar dan sumber semula jadi.
Ternyata, beliau mendapati ramai kawannya prihatin mengenai isu pemeliharaan alam.
Kawannya yang menceritakan perihal straw itu ialah Encik Muhammad Ibnur Rashad Zainal Abidin, salah seorang perintis Susainable Living Lab (SL3), sebuah makmal yang menghasilkan produk inovatif mesra alam.
Usaha Encik Ibnur Rashard, jufa lulusan USP di NUS, menubuhkan keusahawanan sosial itu pernah disorot akhbar ini.
Seorang lagi anggota FiTree ialah Cik Farah Hidayati Sanwari, lulusan NUS yang bekerja sebagai pereka bentuk di makmal SL2.
Jika Cik Khairiana berat sekali menggunakan straw, Cik Farah mengelak menggunakan cawan plastic berlebihan.
“Apabila menghadiri kegiatan di sekolah, kami selalu kongsi cawan plastic agar tidak membazir,” ujar Cik Farah, 25 tahun, lulusan reka bentuk industri.
Mereka sekawan kerap memerhatikan pembazirah berlaku dalam kegiatan seperti majlis buka puasa, yang menggunakan banyak peralatan plastik yang tidak mudah urai dalam tanah. Pada Ramadan lalu, FiTree melancarkan kempen pertama mereka bagi menggalak orang ramai mengamalkan amalan orang ramai mengamalkan amalan lebih mesra alam semasa mengadakan iftar. Mereka menggalak penggunaan peralatan Cornware yang diperbuat daripada jagung dan boleh direputkan bakteria dan terbiodegradasikan (biodegradable).
Seorang lagi anggota FiTree, Cik Faizah Haji Shaikh Abdullah Sahib, 27 tahun, terkesan setelah mengalami kemarau seamasa bersekolah menengah di Melbourne, Australia. Beliau berasa di sana lima tahun pada awal 2000-an.“Sewaktu kemarau itu, kami digesa menjimatkan air dengan tidak mandi lama-lama, tidak menggunakan pemercik air untuk rumput dan sebagainya.
“Apabila saya pulang ke Singapura, saya benar-benar mengsyukuri keadaan di sini,” ujar lulusan kejuruteraan sekitaran NUS itu, yang kini membantu perniaagaan keluarga. Sempena Hari Air Sedunia baru-baru ini, FiTree, menganjurkan pameran dan mengagihkan risalah memupuk kesedaran cara menjimatkan air kepada Jemaah di Masjid Al-Mukminin.
Kumpulan yang mempunya sekitar 20 anggota dan sukarelawan itu masih merancang bergerak secara tidak formal.
“Kami semakin sibuk dengan kerjaya, tidak seperti dahulu apabila baru lulus sekolah. Disebabkan kekurangan sumber, kami sedia berganding bahu dengan mana-mana pihak yang berminat bekerjasama dengan kami dalam melaksana projek hijau,” ujar Cik Khairiana. Mereka yang berminat menyertai FiTree atau bekerjasama dengan kumpulan itu boleh menghubungi mereka menerusi e-mel greenfitree@gmail.com.
Kempen ‘iftar hijau’ raih sambutan menggalakkan
Apabila FiTree, melancarkan ‘kempen hijau’ pertama mereka Ramadan lalu, mereka menyasarkan untuk menggalakkan amalan hijau atau mesra alam dalam empat majlis buka puasa sahaja.
Namun, mereka meraih sambutan yang mengglakkan daripada masjid dan pertubuhan pelajar yang menyahut seruan mereka.
Mereka berjaya ‘menghijau’ sekurang-kurangnya sepuluh majlis buka puasa di serata Singapura tahun lalu.“Kami bertebal muka menghantar usulan kami kepada seberapa banyak masjid dan pertubuhan pelajar tetapi kami tidak sangka menerima sambutan yang begitu menggalakkan,” ujar Cik Nur Khairiana Mohamed Malek, 26 tahun, ketua kumpulan FiTree.
Dalam majlis itu, FiTree menyebarkan mesej tentang sekitaran dan kaiannya dengan Islam, yang menggalak umatnya memelihara alam semula jadi.FiTree mengunjungi beberapa masjid bagi menggalak penggunaan pinggan mangkuk lebih mesra alam, seperti Cornware yang diperbuat daripada jagung dan boleh direputkan bakteria dan terbiodegradasikan (biodegradable).
Meskipun rata-ratanya, sampah di Singapura dibakar dan tidak dibiarkan reput di tanah, CIk Khairirana berkata mengurangkan pembuangan plastic boleh mengurangkan perlunya mengolahnya kepada bahan kurang mengeluarkan toksin.
Antara masjid yang telah dikunjungi mereka Ramadan lalu ialah Darul AMan, Darul Makmur dan Alkhari.Kumpulan itu juga mendapat sambutan menerusi laman Facebook daripada belia yang mempunyai minat yang sama.Di majlis itu, mereka mengambil kesempatan menyampaikan mesej hijau melalu lencana dan tanda buku yang menukil beberapa ayat Al-Quran tentang penjagaan alam sekitar.
Menjelang Ramdan tahun ini, kumpulan itu sudah pun membuat persiapan melancarkan kempen hijau itu lagi.
Bahkan, mereka kini dalam perbincangan dengan beberapa pihakk untuk memperluaskan kempen itu. Tahun ini, kumpulan itu meranacng erkerjasama rapat dengan sebuah masjid untuk melancarkan amalana mesra amala buan sjaha Ramadan ini, bahkan sepanjang tahun.
Belaiu belum dapat memberikan nama mashi itukerana mereka masih dalam perbincangan. Projek itu kemduian akan menjadi satu model bagi masjid lain untuk mengikutinya.“Bagaimanappun, sejauh mana usaha kkami akan bergantung kepada sebanya mana tenaga sukarelawan yang akan kami raih nanti,” ujar Cik Khairiana.
Selain itu, FiTree juga bergabung tenaga daengan kumpulan belia lain untuk melaksanakan projek hijau. Contohnya, Kumpulan Belia Mashid Ar-Raudhah membantu FiTree menerbitkan video yang menunjukkan cara mengambil wuduk tanpa membazir air. Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Singapura (SPMLS) juga sedang membincangkan bagaimana menerapka mesej kehijauan daam kegiatan Ramadan mereka.
Ditulis oleh Nur Adilah Mahbob