Belia ringan tulang Ramadan ini
Pelbagai kegiatan dianjurkan dengan bantuan rangkaian media sosial
Lebih banyak inisiatif sosial dijalankan para belia dalam Ramadan ini berbanding tahun-tahun lalu.
Bahkan, kegiatan yang mereka anjurkan kali ini lebih rencam dan tidak sekar tertumpu pada membantu golongan miskin dan mermelukan.
Ia hasil pengunaan wadah media sosial seperti Facebook dan laman blog yang semakin meluas sehingga menghubungkan mereka yang menpunyai minat yang sama untuk menjalankan kegiatan bersama.
Trend itu dikongsi pengasas bersama sebuah laman portal kegiatan Islam, islamicevents.sg, Encik Fazli Mansor, baru-baru ini.
Menurutnya, jumlah kegiatan Ramadan oleh golongan muda yang dimuatnaikkan ke laman beliau “kelihatan meningkat” tahun ini.
“Jumlah inisiatif sosial yang bertambah ini disebabkan meningkatnya keinginan golongan muda kita membantu golongan lain dalam masyarakat. Ini sesuatu yang amat digalakkan,” kata Encik Fazli, 28 tahun.
Seperti biasa, bebrapa inisiatif memberi makanan diadakan, seperti Ramadan Food Drive, yang mendermakan hamper makanan bernilai $80, termasuk baucar membeli danging lembu dan ayam, bagi membolehkan keluarga susah masak lauk-pauk Hari Raya, dan Food For Ramadan, yang dimulakan sekumpulan belia bagi membantu sekitar 200 keluarga kurang bernasib baik dan warga senja.
Pada masa sama, beberapa initiatif sosial lain, seperti meningkatkan kesedaran awam tentang alam sekitar dan keberadaan ruang musala di serata Singapura juga diadakan.
Antaranya, FiTree, yang diasaskan sekumpulan belia – Cik Nur Khairiana Mohammad Malek, Cik Farah Hidayati Sanwari, Encik Muhammad Halim Mohd Zain, Cik Azizah Abdullah, Cik Nur Alia Maamon, Encik Muhammad Hanif Ahmad Fuad, Cik Fairuz Atiqah Noor Mohamed, dan Cik Faizah Haji Shaik Abdullah Sahib.
Kumplan itu menyebarkan mesej tentang sekitaran dan kaitannya dengan Islam, yang mengalakkan umatnya memelihara alam semula jadi.
Sepanjang Ramadan ini, FiTree mengunjungi beberapa masjid bagi menggalak pengunaan pinggan mangkuk lebih mesra alam, seperti Cornware yang diperbuat daripada jagung dan boleh direputkan bakteria dan terbiodegradasikan (biodegradable).
Kumpulan itu, yang kian mendapat sambutan khususnya menurusi laman Facebook daripada belia yang mempunyai minat yang sama, juga mengambil kesempatan menyampaikan mesej hijau melalui lencana dan tanda buku yang menukil beberapa ayat Al-Quran tentang penjagaan alam sekitar.
Antara masjid yang telah dikunjungi mereka ialah Darul Aman, Darul Makmur dan AlKhair. Mereka turut menyelitkan tanda buku tersebut dalam naskhah Al-Quran di masjid-masjid tersebut.
“Kami agak terkejut kerana tak sangka sambutan amat memberangsangkan, terutama daripada Masjid. Selepas Ramadan, kami akan fikirkan tentang program-program lebih tersusun dan lebih dapat dikekalkan.”kata ketua kumpulan itu, Cik Nur Khairiana, 25 tahun.
Sementara itu, satu lagi inisiatif yang baru berlalu, Mass Musala Clean-Up, dianjurkan oleh Islamicevents.sg.
Acara tersebut berjaya menarik 100 sukarelawan dan mereka sama-sama membersihkan sekitar 100 musala di serata Singapura.
“Acara ini juga membolehkan kami mengemas kini senarai musala untuk kengunaan masyarakat kerana kami mendapati beberapa musala sudah ditiadakan,” kata Encik Fazli.
Written by Shamsul Jangarodin